Thursday, 25 October 2012

SABAH DAN SARAWAK SEBAGAI KUASA PENENTU ('KING MAKER')

Tsunami Politik sudah melanda Malaysia Pada 2008, BN tumbang di 5 Negeri di Semenanjung Malaysia. Akibat daripada Aura perubahan yang terlalu kuat, maka BN hilang Majoriti 2/3 dalam Dewan Parlimen.

Kemampubolehan BN meneruskan kesinambungan sebagai pemerintah Putrajaya pada masa itu adalah akibat daripada kesanggupan para penyandang kerusi-kerusi Parlimen BN di Sabah dan Sarawak untuk mengekalkan BN sebagai pemegang tampuk pemerintahaan di Malaysia. 

Apa akan jadi sekiranya pada masa itu, sejumlah 25 Kerusi parlimen SABAH dan 31 Kerusi Parlimen SARAWAK mengubah halatuju mereka dan menyokong PR? Sudah pasti tampuk pemerintahan yang ada pada hari ini mencatatkan sejarah baru dalam kancah Politik Malaysia.




Dengan kuasa dan Peluang yang kita ada ini, akan bakal mengubah senario Politik dalam Negara Malaysia. Sabah dan Sarawak akan menjadi kuasa Penentu dan Bakal memperolehi semula Hak Otonomi mereka sekiranya mereka Bijak memacu cara pemikiran mereka.




Kenapa Perubahan Tidak Berlaku pada 2008..?



  1. Kerana Para Pemimpin di Sabah dan Sarawak belum tersedar bahawa Peluang sedang menunggu mereka.
  2. Terperangkap dalam SISTEM PECAH dan PERINTAH.
  3. Para Pemimpin Sabah dan Sarawak LEBIH mementingkan diri daripada memperjuangkan Hak Rakyat dan Hak Negeri. 
  4. Kebanyakan mereka di Tawarkan dengan Jawatan yg tinggi di Pusat.

Sekiranya Rakyat Sabah dan Sarawak mahu mengubah masa depan Negeri mereka, maka inilah masanya untuk mereka berbuat demikian. PRU 13 adalah penentu masa depan Rakyat dan Negeri di Kepulauan Borneo ini.

Keadaan Politik di Malaya kini bergolak dan dalam keadaan yg 50 - 50. Walaupun kajian menunjukkan bahawa PR akan mungkin mendahului BN dengan kelebihan 5 hingga 8 Kerusi, namun mereka tetap akan memerlukan sokongan daripada Kerusi kerusi Parlimen Sabah dan Sarawak untuk menjadi Peneraju Puterajaya. Sekiranya perkara ini berlaku, Maka inilah masanya untuk Rakyat Sabah dan Sarawak untuk meletakkan Syarat mereka dan mendapatkan semula Hak serta Kuasa Otonominya.

Sebagai menolak Dakwaan BN bahawa Sabah dan Sarawak adalah Fixed Deposit, Kita harus menolak Dakwaan mereka bahawa Maksud sebenar Fixed Deposit itu menggambarkan bahawa Rakyat Sabah dan Sarawak masih berada pada tahap Rendah Keupayaan berfikir dan tidak mampu untuk membuat pilihan dan mengatur Hala tujunya sendiri. Walau bagaimanapun Sabah dan Sarawak Harus berpendirian teguh untuk mengekalkan kekuatan mereka dalam Kawasan Parlimen dan tidak dengan mudah meyerahkan urus tadbir itu kepada Parti Malaya AGAR mereka mempunyai KUASA RUNDING ataupun KUASA TUNTUT dengan Locas Standi yang telah mereka Menangi melalui PARTI TEMPATAN.

MARI KITA TUNTUT HAK KITA.....Kalau Bukan Kita, Siapa Lagi?? Kalau Bukan Sekarang, Bila Lagi?? Ini Kali Lah!!!

Tuesday, 23 October 2012

SEJARAH AWAL PEMBENTUKAN PERSEKUTUAN MALAYSIA


Salam Reformasi dan selamat datang ke halaman perkongsian maklumat. Dalam bab ini kita akan merungkai maklumat penting mengenai sejarah. Kenapa Sejarah?

Kerana Sejarah kita akan dapat memahami fakta sebenar tentang sejarah awal pembentukan Persekutuan Malaysia. Dan melalui sejarah juga kita akan mengetahui Apakah Hak Negeri serta Hak kita sebagai Rakyat di Sabah ini. Seperti mana yang kita ketahui banyak Fakta sejarah berhubung 'Negara Malaysia' ini yang tersembunyi dan tidak diberitahu kepada kita dan tidak dimasukkan kedalam Sukatan mata pelajaran Sejarah di sekolah. Kenapa Sejarah Disembunyikan?


Peta sebenar Malaysia

Sebelum kita terarah lebih jauh kehadapan, satu perkara yang perlu kita Fahami ialah, tarikh tarikh penting dimana kesemua Wilayah jajahan British ini telah di Bebaskan daripada penjajahan:

31 Ogos 1957            Malaya di Merdekakan oleh British
03 June  1959           Singapore Di Merdekakan oleh British
09 Julai  1963            Perjanjian Malaysia di Tandatangani di London
22 Julai  1963           Sarawak di Merdekakan oleh British
31 Ogos 1963           Hari Malaysia

Ini menunjukkan bahawa kesemua Wilayah yg bergabung membentuk Malaysia itu telahpun di Merdekakan Terlebih dahulu sebelum bersetuju membentuk Sebuah Negara Baharu yang dipanggil Persekutuan Malaysia (Federation Of Malaysia).

Faktor Faktor yang Mendorong Penggabungan  

1. Akibat daripada krisis Ekonomi pada masa itu British terpaksa mengurangkan perbelanjaan Tadbir keatas tanah tanah jajahannya yg jauh. 

2. Atas Desakan PBB agar British dan juga Negara Negara penjajah lain Membebaskan Tanah jajahan mereka.

3. Akibat daripada Ancaman Komunis pada masa itu Wilayah wilayah yang baru Merdeka kurang kelengkapan ketenteraan.

4. Alasan Ancaman daripada Indonesia dan Filipina.

5. Agenda tersembunyi oleh Pihak Malaya.

British mengeluarkan Reaksi mereka berhubung cadangan penggabungan tersebut.



Manakala Tengku Abbul Rahman yang mencadangkan Penggabungan menyatakan Jaminan Jaminan beliau untuk memikat Sarawak dan Borneo Utara untuk menyertai Gabungan tersebut.




Jaminan tersebut membawa maksud bahawa matlamat utama penggabungan adalah atas Dasar Perkongsian Sama Rata ( Equal Partners).


North Borneo yang diketuai oleh Tun Fuad Stephens sememangnya tidak bersetuju keatas Idea awal penggabungan tersebut. Di sebabkan kebimbangan tersebut maka Tun Fuad sendiri menyatakan pendirian beliau.

Sebanyak 7 Parti yang ditemui oleh PBB pada masa itu hanya Satu sahaja Parti yang bersetuju bergabung Membentek Persekutuan Malaysia.



SURUHANJAYA COBBOLD ( Cobbold Commission ) yang ditugaskan oleh PBB untuk membuat Referendum Rakyat Sabah dan Sarawak terhadap Gagasan Malaysia turut melaporkan bahawa :

- 1/3 bersetuju
- 1/3 Tidak Bersetuju dan 
- 1/3 Bersetuju tetapi bersyarat

Dan Pembentukan Malaysia akhirnya menjadi kenyataan...

Faktor Faktor Yang menyebabkan Sabah ( North Borneo ) menyertai Penggabungan
Malaysia.

Rakyat serta Parti parti politik yang mewakili Etnik bersetuju meletakkan Syarat kepada Malaya sebelum menyertai Gagasan tersebut dan dipersetujui oleh Tengku Abdul Rahman sebagai Perdana Menteri Tanah Melayu.

LAPORAN INTER-GOVERNMENT COMMITEE (IGC) telah diluluskan dalam Majlis Negeri Sarawak pada 8hb Mac 1963 dan Sabah pada 13 Mac 1963. Ianya juga telah diluluskan oleh Parlimen Tanah Melayu & Akta Malaysia 1963. 

a). 20 PERKARA (http://en.wikipedia.org/wiki/20-point_agreement)

1. AGAMA :
Walaupun tiada bantahan terhadap agama Islam sebagai agama kebangsaan Malaysia akan tetapi agama rasmi sepatutnya tidak diadakan di Borneo Utara, dan segala perundangan mengenai agama Islam yang terkandung di dalam Perlembagaan Malaya tidak harus digunakan di Borneo Utara.

2. BAHASA :
Bahasa Melayu harus dijadikan Bahasa Kebangsaan Persekutuan. Penggunaan Bahasa Inggeris harus diteruskan untuk tempoh sepuluh tahun selepas Hari Malaysia.Bahasa Inggeris harus digunakan sebagai bahasa rasmi Borneo Utara untuk semua tujuan berkaitan dengan negeri dan persekutuan, tanpa had masa.

3. PERLEMBAGAAN :
Walaupun Perlembagaan Persekutuan Malaya diterima sebagai asas untuk membentuk Perlembagaan Malaysia, akan tetapi Perlembagan Malaysia seharusnya dipersetujui oleh pergabungan negeri-negeri bebas dan sepatutnya bukan sesuatu susunan pindaan kepada sebuah perlembagaan yang telah digubal dan dipersetujui oleh negeri-negeri yang berasingan di dalam keadaan yang berlainan sekali. Satu perlembagan baru untuk Borneo Utara sewajarnya amat diperlukan.

4. KETUA PERSEKUTUAN :
Ketua (Yang Di Pertua Negeri) Borneo Utara tidak layak untuk dipilih sebagai Ketua Persekutuan.

5. NAMA PERSEKUTUAN :
“Malaysia” bukan “Melayu Raya”.

6. IMIGRASI :
Kawalan keatas penghijrahan dari luar ke mana-mana tempat di Malaysia seharusnya terletak dibawah kuasa kerajaan pusat tetapi kemasukan ke Borneo Utara sepatutnya juga memerlukan persetujuan Kerajaan Negeri.Kerajaan Persekutuan tidak seharusnya berkuasa membatalkan kemasukkan sesiapapun ke dalam Borneo Utara kalau ia berkaitan dengan urusan kerajaan negeri kecuali atas sebab-sebab keselamatan sahaja. Borneo Utara seharusnya mempunyai kuasa yang tidak terhad ke atas pergerakkan seseorang, kecuali mereka yang bertugas di bawah kerajaan persekutuan daripada tempat-tempat lain Malaysia di Borneo Utara.

7. HAK MENARIK DIRI :
Hak untuk memisah atau menarik diri dari Persekutuan seharusnya tidak wujud.

8. BORNEOSISASI :
Proses untuk melantik orang-orang tempatan ke dalam perkhidmatan awam negeri Borneo Utara seharusnya diwujudkan secepat mungkin.

9. PEGAWAI-PEGAWAI BRITISH :
Segala usaha harus dibuat untuk menggalakkan pegawai-pegawai Birtish untuk meneruskan perkhidmatan mereka dalam perkhidmatan awam sehingga tempat mereka boleh diganti oleh orang-orang tempatan yang berkelayakan.

10. KEWARGANEGARAAN :
Tertakluk kepada pindaan berikut, cadangan dalam Laporan Cobbold seharusnya menentukan hak kewarganegaraan penduduk Borneo Utara di dalam Persekutuan:

Perenggan kecil (I) seharusnya tidak mengandungi syarat mengenai penetapan selama 5 tahun.

 Untuk penyelarasan dengan undang-undang kita, perenggan kecil (II)
(a) sepatutnya menyatakan “tujuh daripada sepuluh tahun” dan bukan
“lapan daripada dua belas tahun”.

Perenggan kecil (II) tidak sepatutnya mengandungi sekatan berkenaan dengan kewarganegaraan ibubapa seseorang yang dilahirkan di Borneo Utara selepas Hari Malaysia semestinya menjadi warganegara persekutuan.

 11. CUKAI DAN KEWANGAN :
Borneo Utara seharusnya mempunyai kuasa ke atas kewangan, tabung pembangunan dan cukai sendiri.

12. KEDUDUKAN KHAS BANGSA ASLI :
Pada prinsipnya bangsa asli Borneo Utara sehrusnya menikmati hak keistimewaan seperti yang diberikan kepada bangsa melayu di Malaya, tetapi formula yang dipraktikkan di Malaya masa kini tidak semestinya dapat digunakan di Borneo Utara.

13. KERAJAAN NEGERI :
Ketua Menteri harus dipilih oleh ahli-ahli tidak rasmi Majlis Perundangan.Borneo Utara seharusnya mempunyai sisitem menteri yang lengkap.

14. JANGKAMASA PERALIHAN :
Sepatutnya tujuh tahun dan dalam masa ini kuasa perundangan mesti dibiarkan kepada Kerajaan Negeri mengikut perlembagaan dan bukan diamanahkan kepada kerajaan negeri oleh kerajaan persekutuan.Hendaklah diserahkan kepada Borneo Utara sebagai Perlembagaan.
15. PELAJARAN :
Sistem pelajaran yang wujud sekarang harus diteruskan dengan itu ia harus diletakkan di bawah kawalan kerajaan negeri.
16. PERLINDUNGAN KEPADA PERLEMBAGAAN :
Tidak ada sebarangpindaan, perubahan atau pembatalan dapat dilakukan oleh Kerajaan Pusat kepada perlindungan-perlindungan yang diberikan khas kepada Borneo Utara tanpa persetujuan kerajaan Borneo Utara. Kuasa ini adalah hak mutlak penduduk negeri ini.

 17. PERWAKILAN DALAM PARLIMEN PERSEKUTUAN :
Ini sepatutnya bukan sahaja bergantung kepada jumlah penduduk Borneo Utara tetapi juga kepada keluasan dan keupayaannya, dan dalam mana-mana perkara ia sepatutnya tidak kurang dari jumlah perwakilan dari Singapura.
18. NAMA KETUA NEGERI :
Yang Di Pertua Negara

19. NAMA NEGERI :
Sabah.

20. TANAH, HUTAN, KERAJAAN TEMPATAN DAN LAIN-LAIN :
Bekalan dalam Perlembagaan Persekutuan mengenai Kuasa Majlis Tanah Persekutuan tidak seharusnya melibatkan Borneo Utara. Seperti itu juga, Majlis Kebangsaan Kerajaan Tempatan tidak melibatkan Borneo Utara.


2). BATU SUMPAH - Dituntut oleh Penduduk Bahagian Pedalaman dan di Ketuai oleh G.S Sundang.





Segala tuntutan serta syarat syarat ini telah dimuktamadkan dan turut menjadi Panduan utama di dalam menggubal isi Kandungan Perjanjian Malaysia 1963 yang menjadi Landasan terakhir dalam Penggabungan tersebut.

Perjanjian Malaysia 1963
















Ini lah yang diMaksudkan sebagai sebuah Negara Merdeka dan Bebas







MERDEKA..! MERDEKA..! MERDEKA..!